Selasa, 27 Oktober 2015

Pengurusan Sistem

DEFINISI SISTEM
*      Sistem adalah satu set entiti, sama ada yang boleh dilihat atau abstrak, yang mana setiap komponen berkait rapat dengan sekurang-kurangnya satu komponen yang lain dan mempunyai objektif yang sama.
*      Subsistem pula adalah elemen-elemen yang juga merupakan sistem, dan adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem.
*      Sistem juga merujuk kepada rangka kerja, sama ada perisian atau perkakasan, yang direka untuk membolehkan program-program perisian untuk dilaksanakan dan berfungsi.

 SISTEM TEORI
*      Banyak kritikan mengenai pendekatan klasik. Oleh itu, terdapat beberapa usaha dihasilkan sebagai tindak balas kepada kritikan tersebut. Usaha-usaha tersebut berdasarkan kepada pendekatan saintifik umum yang dikenali sebagai sistem teori.
*      Sesebuah organisasi merupakan sistem terbuka, bergantung kepada input daripada dunia luar, seperti bahan mentah, sumber manusia dan modal. Mereka mengubah input ini ke output dan memenuhi keperluan pasaran untuk barangan dan perkhidmatan.



*      Teori sistem juga menekankan bahawa sesebuah organisasi adalah satu sistem dalam siri subsistem.
*      -Teori sistem menunjukkan bahawa setiap subsistem adalah komponen keseluruhan dan saling bergantung kepada subsistem yang lain.

               I.            Sistem Terbuka : Organisasi yang dipengaruhi dan mempengaruhi persekitaran mereka.
             II.            Input : Pengambilan dan penggunaan barangan dan organisasi perkhidmatan untuk mewujudkan produk dan perkhidmatan.
           III.            Output : Mewujudkan produk dan organisasi perkhidmatan

         IV.            Persekitaran Luaran : individu dan badan-badan luar yang terlibat seperti pesaing, pelanggan, pihak kerajaan dan keadaan ekonomi.

           V.            Persaingan Dalam Persekitaran : Persekitaran sekeliling sesebuah firma; contohnya pembekal, pelanggan dan pesaing

         VI.            Persekitaran Makro : Persekitaran yang paling umum; termasuk kerajaan, keadaan ekonomi, dan faktor-faktor asas yang biasanya memberi kesan kepada semua organisasi.

JENIS REKA BENTUK SISTEM

*      Sistem Pembuatan
*      Sistem Sosial
*      Sistem Teknologi Maklumat dan Perisian
*      Sistem Kolaboratif ( Seperti Internet, sistem pengangkutan pintar dan gabungan sistem pertahanan udara)


o   Kejuruteraan Sistem
*      Sistem Kejuruteraan merupakan satu pecahan teori umum kepada pendekatan dan paradigma kejuruteraan.
*      Kejuruteraan sistem merupakan satu pendekatan yang menggabungkan beberapa elemen dan bertujuan untuk merealisasikan suatu sistem yang berjaya. Ia boleh dilihat sebagai aplikasi teknik kejuruteraan kepada sistem kejuruteraan, dan juga sebagai aplikasi pendekatan sistem kepada usaha-usaha kejuruteraan
*      Ia menggabungkan beberapa disiplin dan kumpulan-kumpulan khusus untuk membentuk satu proses pembangunan berstruktur yang terhasil daripada pembentukan konsep, pengeluaran, operasi dan pelupusan.
*      Ia turut merangkumi perniagaan dan keperluan teknikal para pelanggan dengan matlamat untuk menyediakan produk yang berkualiti yang memenuhi keperluan pengguna.


o   B. Sistem Sains
*      Merupakan satu terminologi yang telah digunakan semenjak 1960an yang merujuk kepada bidang sains yang meliputi teori sistem, sibernetik dan sains sistem kompleks.
*      Sebagai sains yang menggabungkan beberapa disiplin, ia boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, biologi, perubatan dan sains sosial.
*      Sistem sains memperkatakan tentang pengurusan diri, kemunculan, sistem ejen pelbagai, sistem terbukia, sistem tertutup, maklum bals dan fenomena berkaitan.


o   C. Sistem Dalam Sains Komputer dan Maklumat
o   Dalam sains komputer dan sains maklumat, sesuatu sistem juga boleh menjadi satu kaedah atau algoritma.
o   Sistem ini juga boleh digunakan untuk merujuk kepada rangka kerja, sama ada perisian atau perkakasan, yang direka untuk membolehkan program-program perisian dijalankan.
o   Sains kognitif dan sosial mengiktiraf sistem dalam diri manusia dan masyarakat. Ini merangkumi fungsi otak manusia dan proses mental manusia serta sistem etika normatif dan corak tingkah laku sosial / budaya.

o   D. Sistem Pemikiran
o   Merupakan corak pemikiran dan penyelesaian masalah. Ia bermula dengan mengenalpasti sifat-sifat sistem dalam permasalahan yang diberi. Ia boelh menjadi satu kompetensi kepimpinan.
o   Sesetengah orang berupaya berfikir secara global tetapi tindakannya berlainan. Akibatnya, mereka tidak menyedari bahawa tindakan ini membawa impak yang besar pada masa akan datang.
o   Ia juga merupakan asas dalam sistem bimbingan psikologi.


1 ulasan:

  1. Selamat hari, saya Josef Lewis. Seorang pemberi pinjaman yang bereputasi, sah dan sah. Kami memberi pinjaman semua jenis dengan cara yang sangat cepat dan mudah, Pinjaman Peribadi, Pinjaman Kereta, Pinjaman Rumah, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Pencipta, Penyatuan Hutang. dan lain-lain

    Dapatkan diluluskan untuk pinjaman perniagaan atau peribadi hari ini dan dapatkan dana dalam minggu permohonan yang sama. Pinjaman peribadi ini boleh diluluskan tanpa mengira kredit anda dan terdapat banyak pelanggan gembira untuk menyokong tuntutan ini. Tetapi anda bukan sahaja akan mendapatkan pinjaman peribadi yang anda perlukan; anda akan mendapat yang paling murah. Inilah janji kami: Kami menjamin Kadar terendah untuk semua pinjaman dengan faedah cagaran percuma.

    Kami berusaha untuk meninggalkan kesan jangka panjang yang positif dengan melampaui jangkaan pelanggan saya dalam semua yang saya lakukan. Matlamat kami adalah untuk merawat anda dengan maruah dan rasa hormat sambil menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi tepat pada masanya. Tiada nombor jaminan sosial yang diperlukan dan tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% Dijamin. Sila balas dengan serta-merta menggunakan butiran di bawah jika berminat dengan pinjaman dan bebas daripada penipuan ..

    E-mel: progresiveloan@yahoo.com
    Panggilan / WhatsApp: +16626183756
    Laman web: https://progresivefunding.wordpress.com



    BalasPadam