Isnin, 26 Oktober 2015

keperluan latihan personel

PENGENALAN

  • Falsafah latihan adalah prestasi industri yang merujuk kepada tahap dedikasi yang ditunjukkan oleh setiap personel dalam sesebuah organisasi. Tujua latihan adalah untuk meningkatkan kebekesanan individu supaya mereka boleh menyumbang kepada daya saing organisasi. Oleh itu, matlamat latihan adalah untuk memberi manfaat kepada individu dan perniagaan. Ini dicapai dengan Mengenal pasti keperluan latihan merupakan batu loncatan dalam sistem pengurusan latihan yang sesuai di mana seluruh arahan latihan yang diprogramkan dibina.

JENIS-JENIS LATIHAN

1. Latihan Dalaman

  • - Dijalankan adalah berbeza bagi pekerja-pekerja baru, pengurus kumpulan latihan dan eksekutif, untuk meningkatkan prestasi kerja mereka atau persediaan bagi mereka untuk kenaikan pangkat.

2. Latihan Formal

  • - Merujuk kepada salah satu aktiviti-aktivit yang direka bentuk dalam pelan latihan sesebuah organisasi.

3. Latihan Tidak Formal

  • - Merujuk kepada latihan yang dijalankan oleh setiap penyelia individu yang dianggap wajar dan perlu.

4. Latihan Awal

  • - Merujuk kepada sebarang aktiviti untuk menyediakan pekerja baru dalam mengendalikan tugas pertamanya. Tujuan latihan permulaan adalah untuk membuat pekerja baru menjadi produktif secepat mungkin.

5. Latihan Orientasi

  • - Latihan Orientasi adalah proses memberi seorang pekerja baru gambaran tentang organisasi itu. Ia mengandungi maklumat tentang sejarah organisasi, pengasas dan penganti mereka, kehadiran para pengarah eksekutif dan kawasan-kawasan utama mereka dipertanggungjawabkan dan carta organisasi. Orientasi biasanya adalah untuk semua pekerja baru.

6. Latihan Semula

  • - Apabila seseorang membuat banyak kesilapan di tempat kerja atau tidak tahu rutin tugasan yang diberikan, latihan semula mungkin diperlukan.
  • - Proses melatih semula pekerja dalam kemahiran yang dia perlu belajar dalam latihan awal.

7. Latihan Kenaikan Pangkat

  • - Apabila pekerja bersedia untuk maju dari satu tugasan kepada tugasan yang lain, dia mungkin perlu mendapatkan kemahiran atau pegetahuan untuk melaksanakan tugas baru. Latihan seperti ini diperlukan dalam latihan kenaikan pangkat.
  • - Latihan kenaikan pangkat bergantung kepada bidang tugas yang bakal dipertanggungjawabkan ke atas pekerja tersebut. Biasanya penyelia membangunkan program latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan personel yang bakal dinaikkan pangkat.

8. Latihan Berterusan

  • - Tujuannya adalah untuk memastikan kakitangan sentiasa maklum tentang apa-apa perubahan dalam persekitaran kerja, melanjutkan latihan mereka untuk memasukkan maklumat kerja yang lebih maju atau untuk memperbaiki sikap mereka terhadap rakan sekerja, penyelia dan pelanggan.;

MENUBUHKAN PROGRAM LATIHAN FORMAL


  • Keputusan latihan adalah sukar untuk diukur. Salah satu sebabnya ialah jurulatih sering gagal untuk menetapkan matlamat tertentu. Masalh ini boleh diatasi ddengan menggunakan pendekatan sistem untuk latihan, iaitu dengan berhati-hati merancang setiap langkah dengan lebih teliti. Pendekatan sistem Membantu membuat matlamat lebih jelas dan boleh diukur. Ia berdasarkan penggunaan analisis pekerjaan, objektif tingkah laku dan penilaian.

A) Penggunaan Analisis Pekerjaan

  • -Pendekatan sistem untuk latihan adalah menetukan jenis latihan diperlukan untuk kerja tertentu. Jurulatih perlu tahu ciri-ciri dan keperluan kerja itu. Analisis kerja memberikan maklumat kepada jurulatih dan seterusnya menjadi asas bagi menentukan keperluan latihan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan