Ahad, 14 September 2014

hari ni!

JAM 11


tetiba datang seorang pensyarah KVLD yang mengajar dalam bidang perakaunan, lebih kurang dalam ketinggian 167cm dan hitam-hitam manis orangnya yang bernama Encik Rustam datang ke kedai kami membawa sebuah kotak sistem . kami mendapati bahawa kotak sistem itu mengalami kerosakan . kami menyelenggara kotak sistem tersebut dan mendapati kipas pada kotak sistem itu tidak berfungsi . terdapat beberapa simtem-simtem kerosakan yang kami dapati . . Pada mulanya kami tidak mendapat tahu di mana terletaknya kerosakan tersebut.Setelah itu kami bertanya kepada koordinator untuk pengetahuan lebih lanjut ,.Kami di minta untuk memeriksa Power Supply.Kami cuba menukar Power Supply tersebut dengan power supply yang lain.Setelah kami menukar power supply tersebut,kami mendapati bahawa kotak sistem tersebut dapat berfungsi.Kami mendapati bahawa Kerosakan Kotak sistem tersebut adalah pada bahagian power supply. setelah menunjukkan prestasi yang baik kepada koordinator kami, dia telah bersetuju untuk membawa kami makan bersama-sama

Rabu, 3 September 2014

CFO baru bagi AIR ASIA X

Chew Eng Loke CFO baharu AirAsia X

  • AirAsia XAirAsia X
 1 / 1 
AIRASIA X Bhd, syarikat penerbangan kos rendah jarak jauh terkemuka, telah melantik Chew Eng Loke sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO)nya, berkuat kuasa serta merta.
  
Sebagai CFO, Chew bertanggungjawab bagi hal ehwal kewangan dan perbendaharaan, perancangan kewangan dan analisis korporat serta pelaporan luaran dan perhubungan pelabur.
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia X berkata Chew menggantikan Yvonne Abdullah, yang mengambil keputusan untuk memanfaatkan peluang-peluang lain
.

MALINDO : Promosi bermula Hari Ini

Promosi Malindo Air bermula esok

  • Malindo AirMalindo Air
 1 / 1 
MALINDO Air menawarkan tambang rendah dengan promosi jualan mega istimewa bagi tempat duduk dan penerbangan yang berlepas terutamanya dari semua destinasinya.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan hibrid itu berkata promosi dalam talian bagi domestik dan antarabangsa akan bermula esok hingga 14 September, 2014 dan promosi itu bagi tempoh perjalanan dari 5 Januari - 31 Mei, 2015.

"Promosi itu bagi semua penerbangan yang berlepas dari Subang ke destinasi dalam Malaysia dengan tambang bermula dari RM49 tambang sehala termasuk semua," katanya.
Malindo Air berkata tambang ke destinasi domestik dari KLIA bermula dari RM69 tambang sehala termasuk semua; Jakarta, Bali dan Bangkok (RM99 tambang sehala termasuk semua) Trichy dan Kochi (RM159 tambang sehala termasuk semua); dan, Delhi dan Mumbai (RM299 tambang sehala termasuk semua).

Bersempena dengan Pesta Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan datang pada hujung minggu ini, Malindo Air berkata ia turut menawarkan tambang eksklusif promosi istimewa untuk ejen pelancongan mulai hari ini hingga 30 September, 2014 untuk perjalanan dari sekarang hingga 30 April, 2015

Peningkatan Daya Saing Malaysia

Komitmen swasta-awam pacu daya saing Malaysia - Mustapa


KUALA LUMPUR: Meningkatkan daya saing negara memerlukan usaha dan komitmen bersepadu sektor awam dan swasta, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa berkata usaha sama sektor awam-swasta yang sudah lama terjalin, akan diperkukuh bagi memastikan momentum tinggi yang berterusan untuk merealisasikan status negara maju.
Beliau berkata, kerajaan akan memastikan kejayaan pelaksanaan Dasar Transformasi Negara yang meliputi program transformasi kerajaan dan ekonomi
"Komitmen ini bukan sahaja bermanfaat untuk memudahkan cara menjalankan perniagaan, malah turut meliputi sektor swasta supaya meningkatkan usaha untuk melabur dalam teknologi dan melakukan inovasi secara berterusan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Malaysia meneruskan arah aliran peningkatannya dengan menduduki tempat ke-20 ekonomi paling berdaya saing.
Laporan Daya Saing Global 2014-2015 Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyenaraikan Malaysia di tempat ke-20 daripada 144 ekonomi berbanding tempat ke-24 daripada 148 negara pada tahun lalu.
Berdasarkan prestasi itu, mealaysia (20) mendahului negara maju seperti Austria (21), Australia (22), Perancis (23), Ireland (25) dan Korea Selatan (26).
Antara negara di Asia Pasifik, Malaysia meningkat ke tangga keenam daripada 28 negara daripada tempat ketujuh pada 2013 selepas Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan New Zealand.
Laporan tahunan itu diterbitkan oleh WEF berasaskan kepada Indeks Daya Saing Global yang menyepadukan aspek daya saing makro dan mikro ekonomi.
Ia menggunakan 70 peratus data persepsi yang diperoleh daripada Kajian Pendapat Eksekutif sektor swasta dan 30 peratus data statistik.
Malaysia juga menduduki tempat keempat dalam Pembangunan Pasaran Kewangan yang mencerminkan usaha untuk meletakkan negara ini sebagai pusat utama kewangan Islam dunia.
Walaupun Malaysia mencatat arah aliran yang positif, Mustapa berkata kementerian dan agensinya, Perbadanan Produktiviti Malaysia akan terus memainkan peranan utama dalam menyelaraskan usaha untuk meningkatkan daya saing Malaysia.
"Ini termasuk petunjuk dalam Laporan Daya Saing Global dan laporan-laporan lain sebagai asas maklumat untuk merangka strategi daya saing," katanya.

ISRAEL :beku hasil cukai Palestin

Israel beku hasil cukai Palestin

  • Penduduk Gaza membersihkan kawasan pertanian mereka yang musnah akibat kekejaman rejim Zionis. Foto oleh AFPPenduduk Gaza membersihkan kawasan pertanian mereka yang musnah akibat kekejaman rejim Zionis. Foto oleh AFP

- PALESTIN. Israel didakwa membekukan hasil cukai Palestin hingga menyebabkan Perbendaharaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi akibat  tindakan tersebut.

Seorang pegawai kanan PA memberitahu Tel Aviv tidak memindahkan hasil cukai yang telah dikutip oleh mereka bagi pihak Palestin.

"Kami memikul tanggungjawab yang besar untuk memenuhi keperluan penduduk di zon bencana di Genting Gaza. PA kini berhadapan masalah untuk membayar gaji pekerja akibat pembekuan hasil cukai tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut menjadi lebih buruk selepas kebanyakan negara pemberi dana gagal memenuhi komitmen bantuan mereka.

Sementara itu, rancangan Israel untuk merampas 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat terus dikecam banyak pihak.

Kesatuan Eropah (EU) turut menggesa Tel Aviv supaya menarik balik hasrat tersebut yang disifatkan sebagai pencerobohan terbesar dalam tempoh tiga dekad.

Jurucakap EU bertindak memberi amaran terhadap rancangan tersebut kerana ia didakwa mempunyai kaitan dengan projek perluasan penempatan haram Yahudi.

"Sebarang tindakan yang mungkin menjejaskan kestabilan dan prospek rundingan  gencatan senjata di Gaza perlu dielakkan," tegasnya kepada Middle East Monitor

WTA : tawar percutian karavan

WTA tawar percutian karavan

  • Pameran tiga dimensi Puzzling World, Wanaka menjadi salah satu destinasi persinggahan tumpuan di New Zealand. - Foto EHSAN AHMAD CARAVANPameran tiga dimensi Puzzling World, Wanaka menjadi salah satu destinasi persinggahan tumpuan di New Zealand. - Foto EHSAN AHMAD CARAVAN

     1 / 1 
    WORLD Travel Ambassador Sdn Bhd (WTA), agensi pelancongan, bakal memberi tawaran hebat percutian karavan ke New Zealand kepada pengunjung Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2014, pada 5 hingga 7 September ini.

    Pengarah Eksekutifnya, Haffnee Abas berkata, pakej pelancongan Ahmad Caravan itu merupakan salah satu produk inovasi baharu WTA sebagai pengenalan kepada konsep pengembaraan berkaravan terutama mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar.

    “Ahmad Caravan baru dilancarkan pada Jun lalu. Hasil maklum balas diterima daripada pelanggan Ahmad Caravan, mereka menyatakan pengalaman berkaravan amat berbeza dan hubungan mereka dengan rakan, keluarga mahupun alam ciptaan ALLAH lebih erat.

    “Untuk mendapatkan diskaun hebat, anda boleh ke tapak pameran nombor 1438 dan 1439 di Pameran Matta yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam, baru-baru ini.

    Menurutnya, pada pameran itu, Ahmad Caravan menawarkan penjimatan sehingga RM200 seorang untuk dua pakej konvoi karavan ke New Zealand melibatkan pakej ‘7 hari 6 malam (7H6M) Kembara Pulau Selatan pada 16 Disember ini dan 21 Mac 2015 serta pakej ‘10 hari 9 malam (10H9M) Kembara Utara ke Selatan’ pada 30 Mei 2015.

    Selain New Zealand, Haffnee berkata, Ahmad Caravan akan memulakan pengembaraan ke Australia pada 2015 menerusi dua konvoi pada cuti sekolah iaitu pakej ‘6 hari 5 malam (6H5M) Kembara Perth ke Albany’ dan konvoi ‘8 hari 7 malam (8H7M) Kembara Melbourne ke Sydney.

    Bagi mereka yang tidak minat berkonvoi, Ahmad Caravan juga menawarkan khidmat sewa karavan dengan harga berpatutan dan lebih menarik, mereka boleh mendapatkan khidmat konsultan mengenai lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

    Haffnee berkata, sebanyak tiga jenis pakej karavan ditawarkan melibatkan Ahmad Sweet Couple untuk dua orang, Ahmad Mini Family (4 orang) dan Ahmad Big Family (6 orang).

    Percutian keluarga lebih mudah

    Walaupun karavan adalah sebuah kenderaan bergerak, namun Ahmad Caravan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti peti sejuk, dapur untuk memasak, ketuhar gelombang mikro, peralatan memasak seperti kuali, sudu dan garpu, pembakar roti, gas memasak, pendingin hawa, radio, bilik air, katil dan selimut.

    Pengarah Urusan WTA, Nadiah Abas berkata, semua itu lengkap untuk kemudahan pelancong terutama yang berkeluarga tetapi gemarkan percutian karavan kerana ia lebih mencabar, masa lebih fleksibel, perjalanan santai dan bermisteri.

    “Pelanggan hanya perlu memandu sendiri karavan ini sambil ditemani ahli keluarga tersayang. Selama ini, orang ramai terutama mereka yang beragama Islam mungkin risau bercampur dengan orang luar yang tidak dikenali untuk bercuti, tetapi pakej karavan yang kami tawarkan ini memang sesuai untuk mereka.

    “Misi kami adalah untuk menyediakan percutian karavan yang memenuhi tuntutan sebagai orang Islam ketika mengembara,” katanya.

    Bagi pelanggan Islam, Nadiah berkata, Ahmad Caravan juga akan memberikan panduan perjalanan Muslim yang lengkap mengandungi senarai kedai runcit, bahan masak dan restoran halal bagi setiap keluarga untuk memudahkan mereka bergerak.

    Istimewanya, Ahmad Caravan juga menyediakan kit perjalanan mengandungi cecair samak bagi kegunaan menyamak peralatan masakan seperti pinggan dan mangkuk kepada pelanggannya supaya mereka boleh gunakannya tanpa was-was.

    Jika pelanggan ingin berehat, Ahmad Caravan menyediakan Holiday Parks yang selesa kemudahan bertaraf tiga bintang seperti tandas, bilik mandi, dapur, dobi, bilik menonton TV, bilik komputer, taman permainan dan kemudahan wifi, selain mempunyai tempat caj, isian air dan ‘dump station'.

    Samsung Gear S

    Samsung Gear S hadir dengan ruangan SIM

    Samsung Gear S


    Menariknya peranti ini boleh beroperasi untuk membuat panggilan telefon dan menerima mesej walaupun tanpa perlu dihubungkan ke telefon pintar dengan sokongan modem 3G yang disertakan pada perantinya. Ia sekali gus membolehkan pengguna menyertakan kad-SIM pada jam tangan ini.

    Gear S turut memiliki skrin bersaiz 2-inci Curved Super AMOLED, beserta tali jam tangan boleh diubah. Sokongan S-Voice juga disertakan pada peranti ini selain perkara lain seperti S-Health dan Nike+ Running.

    Pengguna boleh memilih sama ada ingin menghubungkan ia ke peranti lain menggunakan Bluetooth ataupun menggunakan rangkaian 3G untuk beroperasi.

    Bersama-sama Gear S, Samsung turut memperkenalkan Gear Circle, fon telinga dengan sokongan Bluetooth untuk memudahkan pengguna menerima panggilan, membuat arahan suara, dan juga mendengar lagu.

    Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan ke pasaran global bermula Oktober ini. - Sumber rujukan: Samsung

    MAXIS : MaxisONE sasar PKS

    MaxisONE sasar PKS
    hare on facebook
    • Foss (kanan) bersama Ketua Pemasaran Perusahaan dan Mobiliti, Shanti Jusnita Johari ketika melancarkan pelan baharu MaxisONE Business, semalam.Foss (kanan) bersama Ketua Pemasaran Perusahaan dan Mobiliti, Shanti Jusnita Johari ketika melancarkan pelan baharu MaxisONE Business, semalam.

    MAXIS Berhad (Maxis) memperkenalkan pelan pasca bayar baharu semua dalam satu bagi segmen perniagaan, MaxisONE Business serendah RM78 sebulan.

    Ketua Perusahaan Maxis, Abraham Foss berkata, pelan ini disasarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)  dilengkapi dengan panggilan suara dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had yang bakal meningkatkan fleksibiliti diperlukan untuk pasaran PKS.

    "Pelancaran pelan terbaharu ini akan membolehkan pelanggan membuat satu keputusan dan dapat mengakses lebih banyak penyelesaian ke arah prestasi dan pertumbuhan.

    "Dengan rangkaian kelajuan kami, pelanggan akan menikmati pengalaman tanpa sempadan menerusi pelan baharu ini," katanya selepas pelancaran pelan MaxisONE Business di Kuala Lumpur, semalam.

    Menurutnya, PKS adalah sebahagian peniagaan yang besar di negara ini dengan menyumbang 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 41 peratus menjelang 2020.

    Katanya, menerusi jumlah itu dapat dilihat kadar tersebut akan terus meningkat pada masa akan datang.

    Pelan MaxisONE Business turut didatangkan dengan perkhidmatan lain seperti 24 jam panggilan khidmat pelanggan dan pengurusan peranti mudah alih bergantung kepada nilai langganan.

    Pelan ini boleh didapati bermula semalam dengan tiga pelan bermula RM78, RM148 dan RM188 sebulan.

    Isnin, 1 September 2014

    INOKOM : Tingkat eksport ke Thailand

    Inokom tingkat eksport ke Thailand
    • Dari kiri: Presiden Hyundai Motor Thailand Co Ltd, Hideki Yanagisawa, Rizal dan Ketua Bahagian Asia dan Pasifik Hyundai Motor Compony, HK Kim, melancarkan pengeluaran rasmi Hyundai Elantra untuk dieksport ke Thailand.Dari kiri: Presiden Hyundai Motor Thailand Co Ltd, Hideki Yanagisawa, Rizal dan Ketua Bahagian Asia dan Pasifik Hyundai Motor Compony, HK Kim, melancarkan pengeluaran rasmi Hyundai Elantra untuk dieksport ke Thailand.
     1 / 1 
    INOKOM Corporation Sdn Bhd (Inokom), syarikat pemasangan kereta, memperuntukkan pembiayaan modal (Capex) RM68 juta  bagi mencapai sasaran pengeluaran 34,000 kenderaan menjelang Jun 2015.

    Pengarah Urusan Inokom Corporation Sdn Bhd, Rizal Jailan berkata, daripada jumlah itu, pihaknya memperuntukkan RM40 juta bagi meningkatkan kualiti dan kapasiti pengeluaran.

    “Tumpuan akan diberikan kepada memperluaskan kemudahan mengecat kenderaan di kilang kemudahan Inokom.

    “Setakat ini, kapasiti pengeluaran kenderaan bagi pemasangan tempatan (CKD) di kilang adalah 28,000 setahun,” katanya pada majlis pengeluaran kumpulan kedua Hyundai Elantra yang dieksport ke Thailand, di Kulim.

    CKD kenderaan penumpang Hyundai sudah bermula sekitar 2000.

    Sementara itu, Inokom juga akan mengeksport 1,000 unit Hyundai Elantra ke Thailand bagi tahun pertama sebelum Jun 2015.

    “Sebanyak 200 unit kumpulan pertama Hyundai Elantra sudah dieksport Jun lalu dan penghantaran jumlah yang sama pada September ini,” katanya.

    Menurutnya, jumlah unit kenderaan dieksport ke Thailand dijangka meningkat seiring permintaan pasaran kerana model yang dipasang di Malaysia adalah lebih murah berikutan Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (Afta).

    “Hyundai Elantra ini menjadi produk sedan pertama kami yang dieksport ke luar negara.

    “Jumlah pelaburan bagi program itu adalah kira-kira RM500,000 kerana kami sudah mempunyai kemudahan pemasangan kereta itu bagi pasaran Malaysia,” katanya.

    Model Hyundai Elantra menggunakan enjin NU 1.8 liter dijual dengan harga pengenalan bermula RM75,000 sehingga RM90,000 mengikut varian di Thailand.