• Foss (kanan) bersama Ketua Pemasaran Perusahaan dan Mobiliti, Shanti Jusnita Johari ketika melancarkan pelan baharu MaxisONE Business, semalam.Foss (kanan) bersama Ketua Pemasaran Perusahaan dan Mobiliti, Shanti Jusnita Johari ketika melancarkan pelan baharu MaxisONE Business, semalam.

MAXIS Berhad (Maxis) memperkenalkan pelan pasca bayar baharu semua dalam satu bagi segmen perniagaan, MaxisONE Business serendah RM78 sebulan.

Ketua Perusahaan Maxis, Abraham Foss berkata, pelan ini disasarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)  dilengkapi dengan panggilan suara dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had yang bakal meningkatkan fleksibiliti diperlukan untuk pasaran PKS.

"Pelancaran pelan terbaharu ini akan membolehkan pelanggan membuat satu keputusan dan dapat mengakses lebih banyak penyelesaian ke arah prestasi dan pertumbuhan.

"Dengan rangkaian kelajuan kami, pelanggan akan menikmati pengalaman tanpa sempadan menerusi pelan baharu ini," katanya selepas pelancaran pelan MaxisONE Business di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, PKS adalah sebahagian peniagaan yang besar di negara ini dengan menyumbang 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 41 peratus menjelang 2020.

Katanya, menerusi jumlah itu dapat dilihat kadar tersebut akan terus meningkat pada masa akan datang.

Pelan MaxisONE Business turut didatangkan dengan perkhidmatan lain seperti 24 jam panggilan khidmat pelanggan dan pengurusan peranti mudah alih bergantung kepada nilai langganan.

Pelan ini boleh didapati bermula semalam dengan tiga pelan bermula RM78, RM148 dan RM188 sebulan.