Ahad, 20 Julai 2014

10 Usahawan Terkaya Dunia

Laporan di laman web Forbes.com menyatakan, tahun 2011 menunjukkan peningkatan yang baik kerana terdapat lebih 1,210 bilionair berjaya disenaraikan, dan jumlah aset yang terkumpul setakat ini sudah mencecah USD4.5 trilion.
Description: 3 Individu Terkaya Dunia
Ini merupakan satu angka yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun siapakah yang berada dalam cara 10 terkaya di dunia ini? Adakah Bill Gates dan Warren Buffet masih lagi mendominasi carta kekayaan ini? Mari kita sama-sama selidik berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh tim Majalah Niaga.

#10 Christy Walton

Description: Christy Walton
Christy Walton atau nama penuhnya Christy Ruth Walton. Dilahirkan pada tahun 1955, merupakan isteri kepada John T. Walton, anak kepada pemilik syarikat Walmart, Sam Walton.
Pada Jun 2005, selepas kematian suaminya John. T Walton, Christy Walton telah mewarisi semua harta yang dimiliki olehnya, iaitu sebanyak USD15.7 bilion. Menurut laporan Forbes, beliau tersenarai sebagai individu keempat terkaya di Amerika Syarikat, dan individu kesepuluh yang terkaya di dunia.
Sehingga kini, umur beliau kini sudah mencecah 56 tahun, dan kini memegang aset daripada syarikat Walmart sebanyak USD26.5 bilion dolar.
Jumlah aset terkini: USD26.5 bilion.

 

 

#9 Mukesh AmbaniDescription: mukesh ambani


Anak kelahiran India yang lahir pada 19 April 1957 ini merupakan salah seorang indivdu berpengaruh, berdasarkan kajian Forbes. Mukesh Ambani juga meruapakan individu kedua terkaya di Asia, dengan memiliki nilai aset sebanyak USD27 bilion.
Beliau merupakan chairman untuk beberapa buah syarikat besar. Antara industri bisnes yang diceburi oleh Mukesh adalah industri gas dan minyak. Kajian Forbes juga membuat andaian, beliau akan menjadi individu yang terkaya di dunia pada tahu 2014, seiring dengan permintaan yang tinggi dalam industri bisnes beliau.
Jumlah aset terkini: USD27 bilion.

#8 Eike Batista

Description: Eike Batista
Eike Fuhrken Batista da Silva, atau lebih dikenali sebagai Eike Batista, merupakan usahawan tegar kelahiran Brazil. Beliau lahir pada 3 November 1956 di Brazil, namun zaman kanak-kanak beliau lebih banyak dihabiskan dalam negara-negara Eropah seperti Jerman.
Sehingga kini, Eike Batista mempunyai pelbagai bisnes, termasuklah perlombongan. Ini kerana ayah beliau, Eliezer Batista da Silva, merupakan bekas seorang pegawai tinggi syarikat perlombongan Vale S.A.
Individu yang kini berusia 54 tahun ini kini memiliki aset sebanyak USD30 bilion. Antara sektor bisnes beliau yang aktif sehingga hari ini, adalah perlombongan dan minyak.
Jumlah aset terkini: USD30 bilion.

 

#7 Amancio Ortega

Description: Amancio Ortega
Jika sebelum ini kita menyangka kebanyakan individu terkaya mempunyai bisnes yang tiada kaitan dengan fesyen, berbeza pula dengan Amancio Ortega Gaona. Anak kelahiran Sepanyol yang lahir pada 28 Mac 1936 ini, dikenali sebagai ‘pemilik butik fesyen terkaya dunia’, yang dikenali sebagai Zara.
Butik Zara kini sudah mempunyai lebih 14 ribu pekerja, dan mempunyai cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Usia beliau yang hampir mencecah 80 tahun langsung tidak menghalangnya, daripada terus mendominasi industri fesyen dan bisnes yang lain.
Jumlah aset terkini: USD31 bilion.

#6 Lakshmi Mittal

Description: Lakshmi Mittal
Lakshmi Narayan Mittal, lahir pada 15 Jun 1950, merupakan anak kelahiran India. Beliau adalah pengerusi dan ketua eksekutif syarikat ArcelorMittal, yang dikenali sebagai syarikat pembuatan besi terbesar di dunia.
Di United Kingdom, Mittal memegang status individu paling kaya. Manakala di Eropah, beliau berada di tangga kedua. Selain daripada memiliki aset kekayaan bernilai sekitar USD31.1 bilion, Mittal juga dikategorikan sebagai individu ke 44 yang berpengaruh di dunia.
Sehingga kini, aset beliau banyak diperoleh daripada syarikat ArcelorMittal, dan mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak USD31.1 bilion.
Jumlah aset terkini: USD31.1 bilion.

#5 Larry Ellison

Description: Larry Ellison
Seorang tokoh bisnes terkemuka di Amerika, Larry Ellison atau nama penuhnya Lawrence Joseph “Larry” Ellison merupakan pengasas dan ketua eksekutif syarikat Oracle Corporation, iaitu sebuah syarikat yang mencipta perisian komputer.
Bilionair yang lahir pada 17 Ogos 1944 ini juga merupakan salah seorang individu, yang gagal ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun atas kepercayaan yang tinggi terhadap peluang bisnes yang diceburi, catatan Forbes menunjukkan beliau kini merupakan individu bilionair kelima terkaya di dunia.
Jumlah aset terkini: USD39.5 bilion.

 

#4 Bernard Arnault

Description: Bernard Arnault, pemilik Louis Vuitton
Ahli perniagaan yang berasal dari Perancis, dan berusia 62 tahun ini lebih dikenali sebagai pengerusi dan CEO bagi syarikat LVMH (Louis Vuitton Moët Hennessy). Ia adalah sebuah syarikat gabungan beberapa industri, termasuklah fesyen mewah.
Individu yang mempunyai ijazah dalam kejuruteraan ini kini mempunyai jumlah aset sebanyak USD41 bilion, yang menjadikan beliau sebagai individu keempat terkaya di dunia, menewaskan pemilik industri fesyen Zara, Armancio Ortega.
Jumlah aset terkini: USD41 bilion.

 

 

#3 Warren Buffet

Description: Warren Buffet
Warren Edward Buffet, individu yang pernah menduduki tangga teratas dalam senarai individu terkaya di dunia ini, masih lagi berupaya untuk berada dalam senarai 5 teratas, meskipun usianya sudah mencecah 80 tahun.
Belia dikenali sebagai ‘American Legendary Investor’, menerusi sifatnya yang bijak mengenalpasti peluang keemasan dalam pelaburan. Sehingga kini, beliau merupakan pemegang utama saham, pengerusi dan ketua eksekutif di Berkshire Hathaway.
Meskipun memiliki aset bernilai lebih USD50 bilion, Warren Buffet juga dikenali dengan sifat yang tidak boros berbelanja.
Jumlah aset terkini: USD50 bilion.

#2 Bill Gates

Description: Bill Gates
Siapa yang tidak kenal tokoh bisnes Amerika Syarikat ini? William Henry “Bill” Gates III yang lahir pada 28 Oktober 1955. Beliau juga pernah memegang carta individu terkaya di dunia pada tahun 1995 hingga 2007. Kemudian berada di kedudukan ketiga pada tahun 2008, dan kembali nombor satu semula pada tahun 2009.
Jumlah aset yang terkumpul adalah menerusi syarikat Microsoft, yakni bernilai lebih USD56 bilion. Selain daripada memiliki nilai kekayaan mencecah bilion dolar, Gates juga dikenali sebagai inventor, kerana telah mencipta revolusi dalam sistem komputer dan aplikasi.
Pada tahun 2000, beliau dan isterinya, Melinda Gates membuat keputusan untuk membangunkan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Bill & Melinda Gates Foundation.
Jumlah aset terkini: USD56 bilion.

#1 Carlos Slim Helu

Description: Carlos Hlim Helu
Carlos Slim Helu, anak kelahiran Mexico yang lahir pada 28 Januari 1940. Pengerusi dan ketua eksekutif syarikat telekomunikasi Telmex, dan América Móvil ini menewaskan jumlah aset kekayaan yang dimiliki oleh Bill Gates, iaitu jumlah keseluruhan sebanyak USD74 bilion.
Setakat ini, beliau telah memegang takhta sebagai individu terkaya di dunia sebanyak 2 tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2010 dan 2011. Pertama kali nama beliau berada dalam kedudukan nombor satu, adalah pada tahun 2007.
Jumlah aset terkini: USD74 bilion.


Kerjaya Yang Ditawarkan Kepada Pelatih-pelatih Kolej Vokasional: ICT

Kerjaya dalam bidang bidang ICT SISTEM KOMPUTER / Teknologi Maklumat






Kerjaya ICT dalam bidang perkhidmatan awam

(Perlukan kelulusan dalam bidang IT. Individu yang tiada kelulusan dalam bidang ini tidak layak memohon)

1. Pegawai sistem maklumat F41,F44,F48,F52 - perlu ijazah dalam Sains Komputer / Teknologi Maklumat)
2. Penolong pegawai sistem maklumat F29,F32 - Perlu Diploma dalam Sains komputer / Teknologi Maklumat )
3. Juruteknik komputer FT17 - perlu SPM dan sijil kemahiran IT daripada kolej-kolej kemahiran (sijil MLVK)
4. Pensyarah IT di Institut Pengajian Tinggi Awam seperti UKM,UM,USM,UPM,UITM dll- perlu ijazah dalam bidang IT
5. Pensyarah IT di Kolej-kolej kemahiran awam- perlu ijazah dalam bidang IT
5. Pensyarah IT di Kolej Matrikulasi KPM - Perlu ijazah dalam bidang IT
6. Guru IT di sekolah  - perlu ijazah dalam bidang IT

Kerjaya IT dalam bidang swasta ( Perlukan kelulusan dalam bidang IT )

1. Pengaturcara komputer
2. Juru analisis sistem
3. Pembangun laman web
4. Pentadbir rangkaian komputer
5. Juruteknik komputer
6. Pensyarah IT di IPTS / kolej swasta
7. Artis animasi
8. Jurutera perisian
dan lain-lain lagi..


Mereka yang berminat bekerja sendiri juga boleh menjadikan IT sebagai satu kerjaya mereka seperti


1. Menjadi usahawan IT - buka kedai jual peralatan komputer, buka cybercafe
2. Jadi consultant IT - contohnya sebagai penceramah kursus-kursus IT
3. Buka pusat pembelajaran atau latihan komputer

Bekerja sendiri dalam bidang IT tidak memerlukan kelulusan akademik dalam bidang IT pun boleh. Namun perlu ada ilmu dalam bidang ini. Ilmu boleh didapati dengan meneroka sendiri melalui membaca buku IT atau mencari maklumat menggunakan medium internet
.

Status kedudukan pelajar ICT sekolah ini


Apabila pelajar menamatkan pengajian di peringkat SPM, pelajar boleh memilih sama ada meneruskan pengajian dalam bidang ICT atau mengambil kursus lain. Meneruskan pengajian dalam bidang ICT memberikan kelebihan kerana pelajar sudah ada asas pembelajaran dalam bidang perkomputeran.

Isnin, 7 Julai 2014

Senarai 10 pengambil-alihan terbesar dalam sejarah Internet

Pada kemuncak gelembung dotcom, harga saham bagi syarikat-syarikat internet yang berjaya mencapai tahap tertinggi. Pertandingan yang sengit menyaksikan banyak syarikat-syarikat yang lebih besar membuat pengambilalihan yang juga melibatkan kes-kes pengambilalihan yang tidak masuk akal. Senarai 10 pengambil-alihan terbesar dalam sejarah Internet adalah seperti berikut:

1-Broadcast.com
Bermula sebagai AudioNet pada tahun 1995, syarikat radio melalui laman web ini mencatat rekod yang tinggi dan sangat berjaya. Ia telah diambil alih oleh Yahoo dengan pembelian saham bernilai USD$5.7 bilion

2-Netscape 
Netscape pada awalnya merupakan pelayar dominan dalam industri dotcom. Walau bagaimanapun, kedudukannya akhirnya tunduk kepada Internet Explorer. Ia diambil alih oleh AOL dengan nilai USD$4.2 bilion pada tahun 1998 dan dibubarkan pada tahun 2003. Legasi Netscape terus bangkit selepas tahun 1998, dan kini dikenali sebagai Mozilla. 


3-Geocities 
Pada kemuncaknya, Geocities merupakan syarikat yang menawarkan khidmat simpanan data dalam bentuk maklumat dan gambar yang ada pada sesebuah laman web dan merupakan yang paling popular di internet. Ditubuhkan pada akhir 1994, kemudiannya diambil alih oleh Yahoo dengan nilai USD$3.7 bilion pada tahun 1997. Seperti kebanyakan pengambilalihan yang dibuat pihak Yahoo, Geocities tidak memberi keuntungan dan ditutup pada akhir tahun 2009. Pada waktu ini, hanyaGeocities di Jepun masih bertahan.

4-WebEx 
Salah satu perintis yang mempelopori kerjasama perniagaan dalam talian, WebEx menghasilkan satu perisian yang pertama dengan keupayaan melayari internet secara luar talian. Ia dibeli oleh CISCO pada tahun 2007 dengan nilai USD$3.2 bilion.

5-Skype 
Walaupun ia bukan perintis protokol internet untuk komunikasi, Skype telah merevolusikan komunikasi di internet dengan protokol hak milik berprestasi tinggi. Berpengkalan di Sweden dan dibangunkan oleh pemaju dari Estonia, ia telah diambil alih oleh Ebay pada tahun 2005 dengan nilai USD$2.5 bilion. Ebay kemudian menjual 70% daripada sahamnya kepada sebuah konsortium dengan harga USD$2.75 bilion.

6-Ask.com
Sebuah enjin carian soal jawab ini pernah popular di internet sehingga berjaya dijual kepada InterActiveCorp dengan nilai USD$1.85 bilion. Tidak lama selepas itu, InterActiveCorp menyedari bahawa ia telah membeli syarikat yang tidak aktif. Teknologi tersebut kemudiannya disalur keluar kepada pihak ketiga yang tidak dikenalpasti.

7-CNET Networks
Sejak diasaskan pada tahun 1994, CNET Networks mempunyai pengaruh yang besar ke atas media internet. Ia telah diambil alih oleh CBS Corporation pada tahun 2008 pada nilai USD$1.8 bilion. Pada waktu itu CNET dapat menarik seramai 200 juta pelawat dalam satu bulan.

8-Overture Services Inc.
Overture Services Inc. atau GoTo.com ialah salah satu syarikat pertama yang berjaya dalam perkhidmatan pengiklanan berbayar. Yahoo merupakan salah satu pelanggan terbesar Overture dan ia diambil alih dengan nilai USD$1.63 bilion pada tahun 2003. Perkhidmatan tersebut kini dikenali sebagai Yahoo Search Marketing. 

9-Youtube 
Agak munasabah untuk diperkatakan bahawa Youtube telah mengubah dunia internet ke arah yang baru dan ia telah menjadi satu cabang budaya masa kini. Sejak dilancarkan pada tahun 2005, Youtube menjadi popular dan dalam tempoh setahun, 65,000 video baru dapat ditonton setiap hari. Seperti yang diramalkan, ia menarik banyak minat dan akhirnya diambil alih olehGoogle dengan nilai USD$1.65 bilion. Youtube kini berada di tangga ketiga teratas dari segi jumlah kunjungan di internet.

10-Paypal 
Syarikat pembayaran secara online ini telah ditubuhkan pada tahun 2000. Menjelang tahun 2002, Paypal menawarkan kaedah pembayaran pilihan kepada lebih daripada 50% daripada pengguna Ebay . Oleh sebab itu, Ebay mengambil alih Paypaldengan nilai USD$1.5 bilion. Walaupun menghadapi banyak saingan, Paypal masih terus berurusniaga dan hampir memonopoli urusan pembayaran dalam talian.