Laporan di laman web
Forbes.com menyatakan, tahun 2011 menunjukkan peningkatan yang baik kerana
terdapat lebih 1,210 bilionair berjaya disenaraikan, dan jumlah aset yang
terkumpul setakat ini sudah mencecah USD4.5 trilion.
Ini merupakan satu angka yang besar berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Namun siapakah yang berada dalam cara 10 terkaya di dunia ini?
Adakah Bill Gates dan Warren Buffet masih lagi mendominasi carta kekayaan ini?
Mari kita sama-sama selidik berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh tim
Majalah Niaga.
#10 – Christy Walton
Christy Walton atau nama penuhnya Christy Ruth Walton. Dilahirkan
pada tahun 1955, merupakan isteri kepada John T. Walton, anak kepada pemilik
syarikat Walmart, Sam Walton.
Pada Jun 2005, selepas kematian suaminya John. T Walton, Christy
Walton telah mewarisi semua harta yang dimiliki olehnya, iaitu sebanyak USD15.7
bilion. Menurut laporan Forbes, beliau tersenarai sebagai individu keempat
terkaya di Amerika Syarikat, dan individu kesepuluh yang terkaya di dunia.
Sehingga kini, umur beliau kini sudah mencecah 56 tahun, dan kini
memegang aset daripada syarikat Walmart sebanyak USD26.5 bilion dolar.
Jumlah aset terkini:
USD26.5 bilion.
#9 – Mukesh Ambani
Anak kelahiran India yang lahir pada 19 April 1957 ini merupakan
salah seorang indivdu berpengaruh, berdasarkan kajian Forbes. Mukesh Ambani
juga meruapakan individu kedua terkaya di Asia, dengan memiliki nilai aset
sebanyak USD27 bilion.
Beliau merupakan chairman untuk beberapa buah syarikat besar.
Antara industri bisnes yang diceburi oleh Mukesh adalah industri gas dan
minyak. Kajian Forbes juga membuat andaian, beliau akan menjadi individu yang
terkaya di dunia pada tahu 2014, seiring dengan permintaan yang tinggi dalam
industri bisnes beliau.
Jumlah aset terkini: USD27
bilion.
#8 – Eike Batista
Eike Fuhrken Batista da Silva, atau lebih dikenali sebagai Eike
Batista, merupakan usahawan tegar kelahiran Brazil. Beliau lahir pada 3
November 1956 di Brazil, namun zaman kanak-kanak beliau lebih banyak dihabiskan
dalam negara-negara Eropah seperti Jerman.
Sehingga kini, Eike Batista mempunyai pelbagai bisnes, termasuklah
perlombongan. Ini kerana ayah beliau, Eliezer Batista da Silva, merupakan bekas
seorang pegawai tinggi syarikat perlombongan Vale S.A.
Individu yang kini berusia 54 tahun ini kini memiliki aset
sebanyak USD30 bilion. Antara sektor bisnes beliau yang aktif sehingga hari
ini, adalah perlombongan dan minyak.
Jumlah aset terkini: USD30 bilion.
#7 – Amancio Ortega
Jika sebelum ini kita menyangka kebanyakan individu terkaya
mempunyai bisnes yang tiada kaitan dengan fesyen, berbeza pula dengan Amancio
Ortega Gaona. Anak kelahiran Sepanyol yang lahir pada 28 Mac 1936 ini, dikenali
sebagai ‘pemilik butik fesyen terkaya dunia’, yang dikenali sebagai Zara.
Butik Zara kini sudah mempunyai lebih 14 ribu pekerja, dan
mempunyai cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Usia beliau yang hampir
mencecah 80 tahun langsung tidak menghalangnya, daripada terus mendominasi
industri fesyen dan bisnes yang lain.
Jumlah aset terkini: USD31
bilion.
#6 – Lakshmi Mittal
Lakshmi Narayan
Mittal, lahir pada 15 Jun 1950, merupakan anak kelahiran India. Beliau adalah
pengerusi dan ketua eksekutif syarikat ArcelorMittal, yang dikenali sebagai
syarikat pembuatan besi terbesar di dunia.
Di United Kingdom,
Mittal memegang status individu paling kaya. Manakala di Eropah, beliau berada
di tangga kedua. Selain daripada memiliki aset kekayaan bernilai sekitar
USD31.1 bilion, Mittal juga dikategorikan sebagai individu ke 44 yang
berpengaruh di dunia.
Sehingga kini, aset
beliau banyak diperoleh daripada syarikat ArcelorMittal, dan mencatatkan jumlah
keseluruhan sebanyak USD31.1 bilion.
Jumlah aset terkini: USD31.1 bilion.
#5 – Larry Ellison
Seorang tokoh bisnes terkemuka di Amerika, Larry Ellison atau nama
penuhnya Lawrence Joseph “Larry” Ellison merupakan pengasas dan ketua eksekutif
syarikat Oracle Corporation, iaitu sebuah syarikat yang mencipta perisian
komputer.
Bilionair yang lahir pada 17 Ogos 1944 ini juga merupakan salah seorang
individu, yang gagal ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun atas
kepercayaan yang tinggi terhadap peluang bisnes yang diceburi, catatan Forbes
menunjukkan beliau kini merupakan individu bilionair kelima terkaya di dunia.
Jumlah aset terkini:
USD39.5 bilion.
#4 – Bernard Arnault
Ahli perniagaan yang berasal dari Perancis, dan berusia 62 tahun
ini lebih dikenali sebagai pengerusi dan CEO bagi syarikat LVMH (Louis Vuitton
Moët Hennessy). Ia adalah sebuah syarikat gabungan beberapa industri,
termasuklah fesyen mewah.
Individu yang mempunyai ijazah dalam kejuruteraan ini kini
mempunyai jumlah aset sebanyak USD41 bilion, yang menjadikan beliau sebagai
individu keempat terkaya di dunia, menewaskan pemilik industri fesyen Zara,
Armancio Ortega.
Jumlah aset terkini: USD41
bilion.
#3 – Warren Buffet
Warren Edward Buffet, individu yang pernah menduduki tangga
teratas dalam senarai individu terkaya di dunia ini, masih lagi berupaya untuk
berada dalam senarai 5 teratas, meskipun usianya sudah mencecah 80 tahun.
Belia dikenali sebagai ‘American Legendary Investor’, menerusi
sifatnya yang bijak mengenalpasti peluang keemasan dalam pelaburan. Sehingga
kini, beliau merupakan pemegang utama saham, pengerusi dan ketua eksekutif di
Berkshire Hathaway.
Meskipun memiliki aset bernilai lebih USD50 bilion, Warren Buffet
juga dikenali dengan sifat yang tidak boros berbelanja.
Jumlah aset terkini: USD50
bilion.
#2 – Bill Gates
Siapa yang tidak kenal tokoh bisnes Amerika Syarikat ini? William
Henry “Bill” Gates III yang lahir pada 28 Oktober 1955. Beliau juga pernah
memegang carta individu terkaya di dunia pada tahun 1995 hingga 2007. Kemudian
berada di kedudukan ketiga pada tahun 2008, dan kembali nombor satu semula pada
tahun 2009.
Jumlah aset yang terkumpul adalah menerusi syarikat Microsoft,
yakni bernilai lebih USD56 bilion. Selain daripada memiliki nilai kekayaan
mencecah bilion dolar, Gates juga dikenali sebagai inventor, kerana telah
mencipta revolusi dalam sistem komputer dan aplikasi.
Pada tahun 2000, beliau dan isterinya, Melinda Gates membuat
keputusan untuk membangunkan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Bill &
Melinda Gates Foundation.
Jumlah aset terkini: USD56
bilion.
#1 – Carlos Slim Helu
Carlos Slim Helu, anak kelahiran Mexico yang lahir pada 28 Januari
1940. Pengerusi dan ketua eksekutif syarikat telekomunikasi Telmex, dan América
Móvil ini menewaskan jumlah aset kekayaan yang dimiliki oleh Bill Gates, iaitu
jumlah keseluruhan sebanyak USD74 bilion.
Setakat ini, beliau telah memegang takhta sebagai individu terkaya
di dunia sebanyak 2 tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2010 dan 2011.
Pertama kali nama beliau berada dalam kedudukan nombor satu, adalah pada tahun
2007.
Jumlah aset terkini: USD74
bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan