Ahad, 26 April 2015

CARA MEREKOD MAKLUMAT

TARIKH
Catatkan tarikh setiap kali anda berbincang dengan rakan anda berkenaan dengan sesuatu isu atau aktiviti

NAMA
Gunakan kod atau nama samaran rakan yang berbincang dengan anda
ISU PERBINCANGAN/AKTIVITI
Tuliskan dengan ringkas dan tepat isu perbincangan atau aktiviti yang dijalankan.misalnya,perbincangan individu,masalah perhubungan dengan ibu bapa atau aktiviti kelompok belajar-pengurusan masa

MAKLUM BALAS
Pada akhir sesi perbincangan/aktiviti,PRS mendapatkan maklum balas tentang pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh rakan.misalnya: kesedaran bahawa belajar secara berkelompok dengan serius lebih berkesan atau setuju meneruskan sesi kelompok belajar dua kali seminggu

TINDAKAN/SUSULAN
Terangkan tindakan atau yang akan dilakukan .misalnya:setuju berjumpa kali kedua dan memberi maklum balas tentang perkembangan yang berlaku dalam keluarga atau setuju meneruskan sesi kelompok belajar dua kali seminggu.
Peringatan : PRS perlu bertemu dengan guru kaunseling secara berkelompok sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu untuk berbincang tentang cara PRS mengendalikan sesi perbincangan dengan rakan.Tujuannya supaya guru bimbingan dan kaunseling mengetahui perkembangan PRS dan seterusnya memberi bimbingan yang diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan