Selasa, 8 April 2014

Pengenalan Kepada Perniagaan

PERNIAGAAN
Satu perniagaan (syarikatperusahaan atau firma) adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakanbarangan atau perkhidmatan , atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan.[1] Perniagaan adalahekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencarikeuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaakerjasama dan perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau menjadi perusahaan milik negara.
Etimologi "perniagaan" berkait dengan keadaan kesibukan bagi seorang individu atau masyarakat keseluruhannya, membuat dagang berdaya maju dan kerja boleh untung. Istilah "perniagaan" mempunyai sekurang-kurangnya tiga kegunaan, bergantung kepada ruang lingkup — satu penggunaan (di atas) bermaksud syarikat atau perbadanan, penggunaan umum untuk merujuk kepada sektor pasaran yang tertentu, seperti "perniagaan muzik" dan bentuk gabungan seperti agribusiness, atau istilah yang lebih luas termasuklah semua aktiviti oleh komuniti pembekal barangan dan perkidmatan. Bagaimanapun, istilah perniagaan yang tepat, seperti lain-lain di dalam falsafah perniagaan, adalah hanya salah satu hal perdebatan dan istilah yang rumit.
Perniagaan Secara Online
Ketuklah sembilan dari 10 dari pintu rezeki yang ada. Masuklah ke pintu pilihan dan anda telah dijanjikan rahmatNya. PERNIAGAAN! Itu bukan janji saya tapi itulah hakikatnya. Terpulang apa jenis PERNIAGAAN yang dijalankan yang penting ianya halal dari segala sudut. Sumbernya, caranya dan segala aspek mesti ikut hukum. Jangan lompat pagar jangan menyusup bawah meja!
Sebagai menunaikan amanah yang terpikul dijemala patik! Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dalam perniagaan secara online. Bukan niat mahu bergaya sombong tetapi rasanya membazir kalau ilmu ini dibawa kekubur sebelum sampai kepada orang lain untuk dimanafaatkan. Saya bukanlah hebat tetapi ada sedikit ilmu yang terkumpul dari tahun 1999 hingga kini. Sebelum ianya berkarat elok kita sama-sama berkongsi.
Apa yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan internet?
Mulakan dengan bismillah dan kemudian pasang niat. Pasanglah niat apa pun, nak kaya, nak senang, tapi jangan lupa di hujung niat mesti ada kalimah kerana Allah SWT Moga kita terhindar dari keburukan dan sesal di kemudian hari.
Syarat pertama mestilah ada kemudahan internet, paling tidak boleh gunakan komputer di Cafe tetapi lebih baik ada laluan sendiri - Lebih bagus jika ada broadband. Bila ada laluan bolehlah menjelajah dan perhatikan apa yang orang lain buat. Apa yang mereka jual? Bagaimana dengan permintaan. Biasanya jika banyak laman yang serupa maka permintaannnya mungkin sangat tinggi - dan pasti persaingan juga sangat hebat. Biasakan diri dengan enjin carian (search engine) seperti Yahoo, Google, MSN dan sebagainya. Ini adalah tempat rujukan paling besar dan sangat penting dalam perniagaan internet.
Sebagai tempat anda mencari bahan rujukan, melihat persaingan dan tempat anda mempromosi laman dan produk anda. Google adalah antara yang paling popular buat masa ini selain direktori Yahoo. Gunakan enjin carian tersebut dan ketahui serba sedikit selok beloknya.
Untuk perniagaan lebih baik gunakan email yang bukan percuma. Yahoomail, Gmail, Hotmail adalah antara email percuma dan masih boleh digunakan untuk tujuan perniagaan. Tiada gading, tanduk pun laku! Jika tiada email, anda perlukan lain-lain cara untuk dihubungi seperti talian telefon. Selain itu anda perlukan laman web sendiri. Gmail juga telah berkembang maju, sekarang anda boleh menggunakan platform Gmail dalam masa yang sama mengirim melalui alamat email sendiri.
Mungkin tidak perlu laman web jika anda gunakan EBAY atau yang seumpamanya (Ebay akan diceritakan dalam tajuk lain). Laman web adalah tempat anda mempamirkan produk/servis yang disediakan. Ianya seperti "kedai" dan dibuka 24jam atau sepanjang masa! Itulah kelebihannya. Ianya boleh di lawati dari mana-mana pelusuk dunia! Hebat! Dalam pemilihan produk/servis nanti jangan lupa, anda boleh berniaga dengan siapa sahaja walau di mana mereka berada. Sebelum memiliki laman web, anda perlukan nama laman (domain name). Ianyanya seumpama alamat kedai atau pejabat. Tanpa domain name kedai anda tidak akan ditemui (kerana alamatnya tiada). Fikirkan nama yang sesuai untuk didaftarkan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan